Thursday, August 18, 2011

BENDERA DAN LENCANA SEKOLAH

Bendera Sekolah
         Panjang bendera sekolah ini ialah 1.5 meter dan lebarnya 1 meter.
         Bendera sekolah ini berlatar belakang kain berwarna merah tua, iaitu warna sekolah dan mempunyai gambar lencana sekolah dibahagian tengahnya.Bendera sekolah ini digunakan pada hari-hari khas seperti sukan tahunan,sukan MSSM(Daerah) dan upacara-upacara rasmi sekolah.
Lencana Sekolah 
         Lencana ini berbentuk bujur perisai serta mempunyai tiga jenis warna. Warna merah dan putih merupakan warna sekolah ini dan warna kuning melambangkan Raja-raja melayu.
         Lencana ini dibahagi oleh satu garisan berkilat. Bahagian-bahagian bawah serta atas ini kemudian diwarnakan merah dan putih berselang-seli.
         Di bahagian atas terdapat huruf SMKPM yang berwarna separuh putih dan merah serta perkataan RAUB di bahagian berwarna kilat.
         Di bahagian bawah lencana ini terdapat lambang negeri Pahang yang terdiri dari dua batang gading gajah berwarna kuning iaitu lambang keberanian. Tombak putih pula melambangkan kepahlawanan rakyat jelata negeri Pahang. Dua tangkai bunga padi yang berwarna kuning melambangkan kemakmuran dan keilmuan.
Gambar lencana sekolah yang terdahulu:





Monday, August 15, 2011

VISI, MISI, MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH


VISI –  Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
. 
MISI – Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

 MATLAMAT - SMK(P) Methodist Raub, berhasrat untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni serta mampu menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian wawasan 2020 sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
 
 OBJEKTIF :–
         1. Menjadi sekolah harian yang unggul  di daerah Raub.
         2. Membudayakan pengurusan berkualiti secara berpasukan.
         3. Mewujudkan peluang pendidikan dalam iklim persekolahan yang konduksif.
         4. membentuk pelajar yang taat beragama, berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah terpuji.
         5. Menghasilkan pelajar yang aktif dan berketrampilan dalam aktiviti kokurikulum.


SEJARAH SEKOLAH

         Di buka pada tahun 1947.
         Pengetua pertama, Mrs.Muriel Stoner dan Mrs. Burr Baughman sebagai gurunya.
         Bangunan pertamanya yang mempunyai tiga buah kelas telas dirasmikan oleh Bishop dan Mrs.Edwin Lee pada 6 September 1947.
         Sekolah menengah Perempuan Methodist Raub mula ditubuhkan oleh Rev. dan Mrs Abel Eklund dari ‘Methodist Mission’ dalam tahun 1946. Kerajaan telah memperolehi lima ekar tanah dari “Raub Australian Gold Mine’ untuk mendirikan sekolah ini yang terletak kira-kira satu batu dari bandar Raub. Bangunan ini mula didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM2000 yang dikutip oleh Persatuan Pemuda Methodist dari gereja Wesley Methodist, Kuala Lumpur dari satu pesta makanan.
         Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama yang mempunyai bahasa pengantar Bahasa Inggeris selepas Perang Dunia ke-2 dan juga merupakan sekolah perempuan yang kedua di negeri Pahang.

COGAN KATA SEKOLAH


‘To strive, to seek, to find and not to yield’.
Maksudnya; berjuang, berusaha dan jangan mengalah.
Ianya dicipta oleh Annie Verghese seorang guru yang pernah mengajar di MGS pada tahun 1950 hingga 1956.

KEJOHANAN SUKAN MGS 2018